Portal Pelan Penyelesaian Hutang (DSP)

Mulai 1 Oktober 2022, LPPSA telah melancarkan Pelan Penyelesaian Hutang (DSP) bagi membantu peminjam meneruskan bayaran balik pembiayaan selepas meninggalkan perkhidmatan atau bersara tidak berpencen.

Portal Penyelesaian Hutang Secara Atas Talian

Sila isi maklumat berkaitan.
Maklumat Peminjam
65-
Muat-naik Dokumen Sokongan (Salinan Surat Sokongan Majikan. Format pdf,PDF,doc,DOC,docx,DOCX sahaja diterima.) *Wajib diisi

Perakuan Peminjam
Saya dengan ini telah membaca dan memahami maklumat yang terkandung di dalam Soalan Lazim.

Saya dengan ini mengakui dan memahami bahawa:

Saya bukan seorang yang bankrap / muflis atau tertakluk kepada prosiding kebankrapan.
Saya mengakui bahawa Hartanah saya masih belum dilelong.
Tiada tambahan insurans/gadai janji.
Saya bersetuju bahawa bayaran bulanan saya akan berubah mengikut syarat kelulusan.
Saya bersetuju untuk membuat bayaran balik setelah saya menyertai pelan pernjadualan semula pembiayaan LPPSA ini tanpa gagal.
LPPSA berhak untuk mengambil tindakan untuk menuntut jumlah baki pinjaman / jumlah baki harga jualan (pembiayaan Islamik) sekiranya pihak tuan/puan gagal dan/atau cuai untuk mematuhi jadual pembayaran yang telah ditetapkan atau memenuhi mana-mana syarat pembiayaan. Perlu diingatkan bahawa kelulusan penjadualan semula pembayaran ansuran bulanan akaun pembiayaan tuan/puan adalah dibuat berdasarkan tanpa prejudis terhadap sebarang tindakan undang- undang yang sedang atau yang telah diambil oleh LPPSA (jika ada/berkaitan).
Saya mengesahkan maklumat yang diberikan di atas adalah tepat dan benar. Pihak LPPSA mempunyai hak untuk mengubah / menarik balik penangguhan ini jika saya didapati mengemukakan maklumat / dokumen yang salah, mengelirukan atau tidak sempurna dalam permohonan ini.
LPPSA berhak membuat perubahan pada pelan yang dipilih sekiranya tuan/puan tidak menepati syarat kelayakan permohonan.
Saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan bersetuju dengan terma Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) serta membenarkan LPPSA, untuk memproses, mengguna dan merekod data peribadi untuk tujuan seperti dinyatakan dalam Notis Privasi LPPSA.